KEGUNAAN MEDIA: ADA APA DENGAN PENGGUNAAN MEDIA ALAF BARU?

1

          Perkembangan teknologi komunikasi yang dilihat semakin pesat menjadikan ianya sebagai satu punca kepada pelbagai risiko yang mungkin di hadapi oleh penggunanya. Terpulang kepada seseorang individu iaitu pengguna untuk menilainya dari sudut yang positif ataupun negatif. Merujuk kepada rajah diatas, ianya merupakan satu gambaran mengenai bagaimana masyarakat atau individu menggunakan teknologi untuk berkomunikasi pada masa kini. Sebelum munculnya media sosial dan teknologi maklumat, penyaluran komunikasi dan informasi dilihat agak terhad penggunaannya dalam kalangan sesebuah komuniti. Namun, selaras dengan perkembangan globalisasi iaitu pengenalan kepada dunia perhubungan tanpa sempadan, perkembangan proses perhubungan komunikasi dan penyaluran maklumat digunakan tanpa had. Kini, tidak dapat dinafikan bahawa fenomena komunikasi di alam siber (internet) semakin popular ianya telah digunakan secara universal dan meluas. Antaranya ialah penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Menurut Ali dan Samsudin (2012) (dalam Destiana, 2013), segala maklumat sangat mudah & cepat untuk didapati dari media sosial. Kadang kala maklumat yang ada di media sosial tidak terdapat dalam surat khabar ataupun tersiar di kaca televisyen malah media sosial juga turut membantu menyebarkan budaya seperti (pop culture). Kemudahan yang disediakan dalam mengakses akaun media sosial telah menyebabkan peningkatan jumlah dalam aspek penggunaanya saban tahun. Di samping itu, kehadiran media sosial telah membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara atas talian (alam maya). Penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Destiana, 2013).

2

        Bagi agensi berita, mereka terpaksa mengubah organisasi penyiaran berita atau isu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Jika dahulu mereka menyiarkan isu melalui surat akhbar kini, mereka menyalurkan isu atau maklumat melalui media baru seperti di Facebook, Twitter dan Blog.

3

     “Sebanyak 68% pengguna baru internet menonton video yang berkaitan dengan isu semasa (berita) manakala hampi 62% menonton secara langsung seseuatu isu manakala 48%  lagi mengetahui isu semasa melalui video berita atau juga di blog dan link isu-isu di Twitter, Facebook”.

                                  (Lee, Rainie, 2010)

     Namun persoalannya kini, adakah perkembangan dan penyebaran dalam penggunaan media dilihat membawa kepada kebaikan? Perubahan dalam penggunaan media bukan sahaja dilihat sebagai agen komunikasi dalam kalangan masyarakat malah konsep penggunaan media ini dilihat secara menyeluruh. Misalnya, dalam pencegahan jenayah iaitu dalam bidang penyiasatan, bagi memperoleh maklumat, penyiasat berusaha untuk mengumpul bukti bagi mencari pesalah bagi sesuatu kes. Namun kesulitan dalam penyiasatan berlaku jika ianya melibatkan pesalah siber atau juga dalam skala global, penyiasat terpaksa bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dan ini menyukarkan penyiasat untuk mengumpul maklumat serta mengambil masa yang lama. Namun begitu, dengan perkembangan media sosial penyiasat berkomunikasi melalui Twitter atau Facebook bagi mendapatkan maklum balas dari saksi atau seseorang yang berada di lokasi kejadian berlaku (Seperti yang dinyatakan dalam Social Media in Law Enforcement, 2014).

     Keadaan ini menunjukkan bahawa sesuatu isu yang wujud dalam dunia nyata, mampu disebarkan dengan pantas melalui ‘media mobile’. Walaubagaimanapun, penyebaran sesuatu isu melalui media mobile juga disebabkan oleh beberapa faktor luaran seperti tahap penerimaan masyarakat terhadap isu tersebut dan sejauh manakah masyarakat mengikuti perkembangan isu tersebut. Media sosial telah memberikan pelbagai impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Oleh itu, penglibatan ini meliputi secara aktif dengan mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk ‘online group’ untuk menyampaikan idea, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita ‘online’, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam ‘online discussion’, memuat turun ataupun menyebar dengan meluas berita yang berkaitan dengan isu semasa (Ali dan Samsudin, 2012) (dalam Destiana, 2013). Destiana (2013) menyatakan bahawa pada Jun 2011, Facebook telah mencapai 750 juta bilangan penggunanya. Manakala, Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011 (Destiana, 2013).

     Aplikasi yang ada pada ‘mobile media’ telah mempelbagaikan cara penyebaran maklumat. Destiana (2013) menyokong bahawa kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini demikian kerana, ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun hanya diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi seperti kiriman mesej, muat naik ataupun muat turun gambar telah menyebabkan sesuatu isu dapat disebarkan secara meluas (Destiana, 2013).

     Tyler (2002), menjelaskan bahawa revolusi dalam komunikasi telah mengubah kepantasan dalam penyebaran dan perkongsian maklumat kepada seluruh pelosok dunia. Di samping itu, kewujudan ‘media mobile’ telah memberi satu kelebihan terhadap penyebaran maklumat mengenai sesuatu isu yang disebarkan oleh seseorang pengguna ‘media mobile’. di samping itu, Ayo (2007), dalam Saidi, (2009) menyatakan bahawa:

“Advances in mobile communication technologies and the explosion of mobile phones and other mobile devices such as private digital assistants and smartphones have created many occasions for m-commerce, defined as the use of mobile devices and wireless networks to achieve and get the information anytime and anywhere”. (Ayo, 2007) (dalam Saidi, 2009, m/s 3).

     Oleh itu, Rahim (2013), teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif dan kemudahan berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan menerima e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar dan rakaman video pendek (Rahim, 2013). Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari laman web dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan komunikasi tanpa wayar juga telah disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang memerlukan capaian internet (Rahim, 2013). Secara keseluruhannya, sesuatu isu yang disebarkan melalui ‘media mobile’ mampu memberi kesan samada positif mahupun negatif. Sekiranya, isu tersebut mendapat tindakbalas yang positif daripada masyarakat, kesan yang wujud adalah positif, begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, isu hudud di Kelantan, isu Government Services Tax (GST) dan sebaginya.

     Kewujudan kemudahan teknologi yang semakin pesat berkembang membawa keuntungan kepada masyarakat global kini. ‘Segala-galanya di hujung jari’ satu ungkapan yang lazim di dengari kerana ia benar- benar menjelaskan kehidupan manusia pada zaman teknologi canggih. Perubahan yang telah berlaku dari dulunya penggunaan gadjet yang semakin hari semakin mengecil tetapi mampu memberikan maklumat melebihi segala-galanya. Penggunaan kemudahan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut statistik daripada imbasan statistik komunikasi dan multimedia (2011) menunjukkan peningkatan dalam penggunaan talifon selular sebagai medium mengakses internet berdasarkan dua tahun sebelumnya iaitu dari 2010 ke 2011.

4

     Antara contoh isu yang mendapat kemajuan daripada teknologi ini adalah pernggunaan media sebagai satu usaha untuk menperolehi wang iaitu dengan mencari rezeki melalui perniagaan atas talian(online shopping). Ada kalanya jika dilihat kemudahan yang ada telah memberikan kesan positif dan tidak lari dari meninggalkan kesan negatif kepada manusia. Pembelian atas talian akan berlaku apabila pembeli mengakses internet melalui alat- alat komunikasi yang adadan interaksi berlaku antara pembeli dan pembekal melalui rangkaian yang disambungkan( Gerald Haubi & Valerie Trifts, 2000)

Kebaikan berbelanja atas talian

  • Menjimatkan masa: bersesuaian dengan keperluan masa
  • Menjimatkan belanja: kos tambahan untuk ke tempat pembelian
  • Membandingkan harga dengan mudah: dengan sekali klik sahaja pembeli dapat membezakan harga antara dua barang yang berbeza
  • Mengurangkan ketidaksamaan sosial: tidak bertemu mata menyebabkan tiada pandangan serong terhadap kemampuan pembeli daripada pembekal

Keburukan berbelanja atas talian

  • Berlakunya penipuan: pembekal mengambil kesempatan terhadap pembeli
  • Statistik penipuan penghantaran bungkusan meningkat setiap
  • Penangguhan masa: barang yang tiba lebih lambat berbanding masa yang dijangkakan disebabkan oleh kelewatan dalam komunikasi
  • Tiada perbincangan yang khusus: interaksi sosial antara pembeli dan pembekal kurang boleh menyebabkan salah faham berlaku
  • Ketidakpuasan hati pembeli: barang yang sampai tidak seperti yang dibayangkan dari segi material dan bentuk
  • Berlaku salah laku: pembekal mengambil mudah ke atas pembeli disebabkan oleh jarak antara mereka jauh oleh itu pembekal membuat sambil lewa tentang permintaan pembeli

RUJUKAN.

Destiana, I. Salman, & Rahim, M. H. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi, 29(2) 125-140.

Häubl, G., & Trifts, V. (2000). Consumer decision making in online shopping environments: The effects of interactive decision aids. Marketing science, 19(1), 4-21.

Rahim, N. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar Kejuruteraan UTHM. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Rainie, L. (2010). How Media Consumption Has Changed Since 2000. Didapati daripada http://www.pewinternet.org/files/oldmedia/Files/Presentations/2010/Jun/2010%20-%20062410%20-%20syracuse%20newhouse%20MOB%20conf%20NYC.ppt

Saidi, E. (2009). Mobile Opportunities, Mobile Problems: Assessing Mobile Commerce Implementation Issues in Malawi. Journal of Internet Banking and Commerce, 14(1) 1-11.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2011). Laporan Tahunan 2011. Retrieved from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/SKMM_2011.pdf

Social Media Use in Law Enforcement: Crime prevention and investigative activities continue to drive usage. (2014). LexisNexis Publication. Didapati daripada http://www.lexisnexis.com/risk/downloads/whitepaper/2014-social-media-use-in-law-enforcement.pdf

Tyler, T. R. (2002). Is the Internet Changing Social Life? It seems the More Things Change, the More They Stay the Same. Journal of Social Issue, 58(1) 195-205.

REMAJA , IDENTITI DAN MEDIA : HOMOSEKSUAL (GAY)

             q

              Budaya merupakan gaya hidup manusia yang diikuti oleh masyarakat lain yang meliputi semua ilmu, kepercayaan, kesenian, moral, ‘laws’ dan banyak lagi, ia juga dikenalpasti sebagai tingkah laku manusia dari segi pemikiran, ucapan, perbuatan dan artifak (Hunt & Colander, 2011). Menurut Mondimore (1996, p.3), berdasarkan pemerhatian terhadap budaya lain iaitu sebelum wujudnya homoseksual, di German tidak wujud perkataan Homoseksual (Homosexalitat) sebelum tahun 1869. Ia muncul apabila risalah yang dihantar ke Menteri Keadilan Jerman, di mana salah seorang penulis serta juri risalah tersebut iaitu Karl Maria Kertbeng (1824-1882) mengetengahkan konsep ‘sexual orientation’. Seterusnya, menurut Hunt dan Colander (2011), ‘social change’ merujuk kepada perubahan yang ketara dalam corak tingkah laku dan nilai budaya dan norma. Hal ini boleh dikaitkan dengan perubahan seseorang yang normal kepada hubungan seksual yang tidak normal seperti homoseksual. Homoseksual merupakan satu jantina yang menjalani hubungan seksual dengan jantina sejenisnya.

           Oleh itu, perbincangan pada kali ini ialah lebih memfokuskan mengenai golongan homoseksual iaiitu ‘gay’ dalam kalangan remaja. Pada masa kini, kemelut seks abnormal (songsang) semakin berleluasa sehingga menjadi satu isu sosial kepada masyarakat dunia. Ia bukan sahaja tertumpu di negara barat yang majoritinya bukan Islam, bahkan ianya telah mula menular ke negara-negara Islam juga. Malahan kumpulan-kumpulan yang mengamalkan hubungan homoseksual ini seperti gay dan lesbian semakin meningkat jumlahnya.Negara kita Malaysia juga tidak terlepas dari belenggu masalah ini. ‘Gay’ merupakan salah satu fenomena seks abnormal yang yang sering diperkatakan dan semakin menular di seluruh dunia. Di anggarkan ramai remaja yang terlibat dengan gejala homoseksual ini di negara kita. Buckingham (2008), digital media telah menjadi ‘common place’ dan ‘pervasive’ terutama sekali dalam kalangan remaja. Ianya telah menjadi aktiviti harian di mana para remaja menggunakan digital media sebagai tempat untuk belajar, bersosial, serta berkomunikasi menyebabkan mereka mudah terpengaruh. Kewujudan pelbagai organisasi seperti kelab,laman web/ blog, spa dan rumah urut atau lebih dikenali sebagai gay underground ( Awang,2010) yang menawarkan perkhidmatan seks abnormal yakni ‘gay’ yang beroperasi secara tertutup bagi mengelakkan di hidu oleh masyarakat atau penguatkusa.

m

          PlanetRomeo antara laman web yang popular bagi golongan ‘gay’ yang menyediakan aplikasi dalam Android serta Facebook dan Twitter (www.planetromeo.com). Laman web PlanetRomeo adalah satu tempat platform untuk gay mencari kenalan, dating, berkongsi cerita dan idea mengenai hubungan mereka yang terdiri daripada gay di seluruh dunia. Mereka saling berinteraksi antara satu sama lain di laman web tersebut.

h

            PlanetRomeo ini juga mempunyai ‘foundation’ mereka bagi mewujudkan sebuah dunia tanpa diskriminasi berdasarkan orientasi seksual atau identiti jantina, sebuah dunia di mana lesbian, gay, orang biseks dan tukar jantina mempunyai hak dan peluang yang sama seperti orang lain, sebuah dunia di mana nilai dan menghormati perbezaan orientasi seksual, dan identiti jantina. Foundation ini juga merancang projek seperti menyediakan Safety & Shelter, serta projek yang bertemakan Education, dan Sport & Culture. Mereka menumpukan perubahan dalam minda masyarakat dalam kedudukan LGBT di seluruh dunia (Hartman, 2009).

                  Walaupun kita tidak dapat meneka sama ada mereka adalah pasangan ‘gay’ atau tidak tetapi melalui perwatakan dan tingkahlaku yang digunakan untuk mendefinisi golongan ‘gay’ ini membuatkan orang ramai boleh tahu bahawa mereka tergolong dalam golongan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa golongan ‘gay’ ini mempunyai identiti mereka yang tersendiri. Foucalt’s mendefinisikan identiti itu kepada kuasa (power in discourses of online romantic relations constructs and represents identities aroused from a hegemonic society)  Maryam (2009) contohnya di Iran, golongan homoseksual ini yang tergolong dari golongan ‘gay men’ adalah dibenarkan iaitu boleh mengeksperisikan diri kepada masyarakat, manakala bagi golongan lesbian ianya dianggap satu perkara yang melanggar undang-undang dan akan dihukum serta dipenjarakan. Hal ini lebih kurang sama dengan halaman blog yang di tubuhkan bagi melindungi sesama mereka, di mana mereka menuntut hak dalam masyarakat agar tidak di diskriminasi.

              Walaubagaimanapun, di Malaysia sesetengah golongan ‘gay’ ini dapat dikesan melalui media baru seperti Facebook, We Chat dan juga Instagram umumnya. Mereka tidak lagi segan silu untuk menonjolkan diri serta perilaku kepada masyarakat melalui media. Teguran dan kutukan yang diterima juga di abaikan bahkan mereka juga berani membalas kenyataan serta membela diri mereka sendiri. Terdapat juga ‘page’ di Facebook terutamanya yang di lihat mendiskriminasi tindakan mereka berikutan ianya satu gejala sosial yang perlu di bendung. Antara contoh yang di ‘troll’ oleh ‘page’ KHK.

           Kepala Hotak Kau (KHK) merupakan satu ‘page’ di Facebook yang memaparkan isu gejala sosial yang berlaku di Malaysia terutama sekali dalam kalangan remaja. Setiap isu yang di bangkitkan akan di ‘troll’ menggunakan ayat-ayat yang berunsur pengajaran atau sebaliknya.

Langkah-langkah

           Di Malaysia pula, wujudnya PT Foundation (dahulu dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) ialah organisasi yang menyediakan pendidikan HIV/AIDS, pencegahan, penjagaan dan program sokongan, kesedaran seksual serta pemerkasaan program untuk komuniti-komuniti yang mudah terjejas di Malaysia seperti pengguna dadah, homoseksual, transeksual dan mereka yang menghidap penyakit HIV/AIDS (www.ptfmalaysia.org).

j

            Bagi golongan homoseksual ini, pihak Pink Triangle Malaysia bekerjasama dengan lelaki ‘gay’ dan MSM (Men who have sex with Men) untuk memberikan maklumat, sokongan dan perkhidmatan penjagaan yang berkaitan dengan HIV dan seksual. PT Foundation ini membantu golongan ‘gay’ atau MSM dengan memberi kaunseling, memberi kesedaran untuk mengurangkan jangkitan HIV melalui penggunaan kondom, serta mereka akan membantu golongan yang di diskriminasi melalui menasihati individu dengan bantuan guaman dan organisasi hak asasi manusia yang lain. Selain itu, laman web ini juga adalah untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap lelaki gay dan MSM dengan mewujudkan kesedaran dan pemahaman kepada orang ramai melalui media baru ini. Laman web boleh di akses oleh orang ramai untuk mengetahui mengenai golongan gay atau mencari pasangan melalui media baru yang diwujudkan.

Rujukan.

Awang (2010, February 28). Kisah gay di Malaysia. Utusan Malaysia. Retrieved from            http://www.utusan.com.my

Buckingham, D. (2008). Youth, Identity and Digital Media. Retrieved from

Click to access 9780262524834_Youth_Identity_and_Digital_Media.pdf

Hartman, R. (2009). Planetromeo foundation. Retrieved from          http://www.planetromeofoundation.org

Hunt, E. F., & Colander, D. C. (2011). Social change an introduction to the study of society           (14th ed.). Boston, MA : Pearson

Mondimore, F. M. (1996). A natural history of homosexuality. London, UK: The Johns      Hopkins University Press.

Maryam, P. (2009). From “I” to “You” : A look at discursive hegemony of love in Iranian love blogs. Retrieved from http://www.ling.lancs.ac.uk/pgconference/v04/9-Maryam%

Blogging vs Journalisma: Jom kenali mereka!

 ‘Maklumat di hujung jari anda’, kini tagline itu sudah menjadi realiti dengan kewujudan media baru ke dalam dunia teknologi. Para pengguna boleh memperoleh maklumat dengan begitu pantas sekali tentang sesuatu isu walaupun ianya baru sahaja berlaku.  Namun, berbeza pula keadaanya apabila isu dilaporkan di akhbar harian atau media penyiaran seperti radio dan television. Walaupun, new media memberi kesan terhadap golongan muda, namun sebaliknya bagi golongan tua. Mereka lebih menjiwai atau mendalami sesebuah isu melalui dada akhbar atau siaran di radio dan televisyen. Benar, kecanggihan media baru telah mencabar media konvensional terutama sekali keratan akhbar (Ali, Faridah, Mohd Yusof, Normah, & Maizatul, 2011). Di negara Barat, industri percetakan mengalami penurunan yang teruk namun di Malaysia keadaan sebaliknya berlaku pengkaji melaporkan media konvensional surat khabar masih kukuh dan buktinya, 84% responden mengatakan mereka lebih berminat membaca surat khabar 

di hari minggu (Editorial, n.d.). Sejak kebelakangan ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan  isu panas apabila video viral yang mengupas isu adakah hudud menjamin isu periuk nasi ini telah menjadi isu yang giat dibincangkan sama ada di akhbar, majalah serta media elektronik seperti radio dan televisyen. Isu hudud yang mengaitkan seorang penyampai radio Business FM (BFM) yang merakamkan video pada 19 Mac 2015 telah mengejutkan ramai pihak kerana melibatkan sensiviti agama. Dalam isu ini, stesen television Astro Awani turut melaporkan isu berkenaan dengan tajuk “ BFM mohon maaf,hos bukan penulis skrip” namun persoalannya kini, adakah isu yang disiarkan oleh Astro Awani ini mendapat liputan ramai? Ironiknya, penyampaian maklumat melalui television, newspaper, radio, dan broadcast media yang lain menarik sebilangan besar penonton. Ini kerana, medium media tersebut menyampaikan maklumat lebih jelas dan terang malah maklumat atau info itu lebih menyakinkan (Fishcoff, 2005). Akhbar Harian Metro  turut tidak terkecuali dalam memuat naik isu hudud yang bertajuk ‘ Bukan niat personal hudud’ serta ‘Aisyah Menyesal’. Malah akhbar Utusan melaporkan isu hudud dengan tajuk ‘Pengacara BFM didakwa hina hudud’. Bagi kedua-dua akhbar ini, mereka melaporkan isu menggunakan dua medium iaitu melalui keratan akhbar dan satu lagi menggunakan alternatif media baru iaitu media digital. Persoalannya kini, adakah wujud persaingan di antara media baru dan media konvensional?

Astro Awani- “BFM mohon maaf atas video hudud”

‘m.www.astroawani.com/videos/show/kini-trending/bfm-mohon-maaf-atas-video-hudud-53314’

DUNIA PENULISAN BLOG

565

Kini, banyak isu yang dibincangkan oleh ramai pihak termasuklah di dalam dunia siber. Bukan itu sahaja, perbincangan isu-isu tersebut juga dihangatkan lagi dengan kewujudan penulis yang menjadi pengulas istimewa terhadap isu-isu tersebut. Bukan sahaja ulasan positif yang diberikan, malahan juga turut dilemparkan dengan komen dan kritikan yang sangat mendukacitakan.

Dalam perbincangan kali ini, kami ingin membincangkan mengenai isu HUDUD di KELANTAN. Setelah meneliti beberapa pemilik blog yang membawa tajuk hudud sebagai entri dalam blog atau apa jua laman site yang tidak official saya simpulkan kebanyakan mereka ini menulis isu atau cerita tersebut dalam bentuk opinion atau pendapat sendiri dan lebih banyak berdiskusi. Fitrah Islami Online (didapati daripada (https://fitrahislami.wordpress.com/2015/03/26/timbul-isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah/ ) iaitu sebuah blog persendirian mengupas isu hudud dengan tajuk ‘Timbul isu hudud-akibat tidak faham qaedah’. Dalam blog tersebut ia lebih banyak menulis mengenai pengetahuan Islam malah ia turut menyentuh emosi peribadi mengenai kupasan hudud manakala, dalam blog Penyokong Pas (didapati daripada https://penyokongpas.wordpress.com )  turut mengupas isu hudud namun uniknya, isu yang dikupaskan lebih berbentuk politik malah kata-kata tidak sopan turut dibangkitkan dalam penulisan blog tersebut. Dalam Omakkau blogspot, penulis turut menyuarakan kesangsian terhadap isu hudud apabila memuat naik blog penulisan dengan tajuk ‘Betul ke hos BFM yang hina dan perlekeh hudud sehingga mendapat ugutan bunuh,bakar, dan rogol itu anak seorang anak professor UTM ahli DAP??? ’(didapati daripada omakkau.blogspot.com/2015/03/betul-ke-hos-bfm-yang-hina-dan-perlekeh.html?m=1)  dalam penulisan ini, penulis blog turut menyelitkan gambar Aisyah, seorang wanita yang dikatakan telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video berkaitan isu hudud. Menariknya, si penulis ini bukan sahaja mengupas isu ini dari perspektif pelbagai pihak namun, malah turut memberi pandangan sendiri dari sudut islam. Benar, inilah sebenarnya dunia penulisan blog. Mereka bukan sahaja berbincang dengan topik tersebut malah turut menyuarakan pandangan sendiri.

Sejajar dengan era globalisasi dan zaman teknologi yang serba serbi lengkap dan pantas ini. Tidak perlu rasanya penjelasan yang panjang lebar mengenai ‘blogging’ dan journalisma ini. Umum ramai yang mengetahui akan apa itu ‘blogging’ dan apa itu berita online. Jadi anda juga boleh jadi pengantara (penyampai) dalam menyampaikan sesuatu berita yang tidak diketahui oleh orang lain berikutan semua maklumat boleh diperolehi dengan pantas. Namun, perdebatan mengenai blogging dan journalisma ini mula dibangkitkan dan hal ini pastinya bukan hal yang baru terjadi. Jadi marilah kita kenali apa itu ‘blogging’ dan apa itu journalisma.

 Persamaan blogging dan journalisma

  1. Dari segi persamaannya, blogging dan journalisma mempunyai target group dan motif yang sama dalam menyampaikan sesuatu isu. Contohnya, dalam isu hudud di Malaysia. Walaupun, isu yang disampaikan adalah sama , namun cara penyampaian yang digunakan adalah sama sekali berbeza.
  1. Blogger dan journalis saling memerlukan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, journalis merupakan pihak yang mengeluarkan atau menerbitkan isu yang mainstream manakala blogger pula berdiskusi dan mengembangkan kembali isu yang dinyatakan oleh jounalis (Lasica, 2003).

Perbezaan blogging dan journalisma

r1

  1.  Walaupun kini para blogger muncul sebagai pemberi idea yang bernas dan hujah yang mantap mengenai sesuatu isu namun mereka bukanlah journalis. Ironiknya, para blogger kini terdiri daripada mereka yang berpengetahuan luas. Namun, kita tetap melihat mereka sebagai golongan yang tidak mempunyai ‘priority’ dalam menyatakan tentang sesuatu fakta serta mengulas isu berikutan mereka dianggap tidak berkelayakkan. Lain pula ceritanya dengan journalis, biarpun ada dalam kalangan mereka yang tidak berpengetahuan yang luas namun isu yang dikeluarkan oleh mereka ini lebih dipercayai kerana mereka mempunyai kelayakkan. Journalis bercakap dengan sumbernya semasa dia menguasai isu yang cuba dia sampaikan (Hathaway, n.d.)
  1. Bagi blogger, publisiti adalah motif utama mereka menulis sesebuah isu namun bagaimana pula dengan journalis? Kebelakangan ini, timbul isu samada journalis atau blogger yang mencari publisiti. Bagi blogger, mereka mencari publisiti kerana ingin dikenali kerana mereka ini tidak dibawah mana-mana syarikat journalis yang dikenali umum jadi mereka bertindak sendirian. Berbeza pula dengan journalis, penyampaian berita mereka bukanlah bermotifkan mencari publisiti semata-mata kerana tugas utama journalis ialah menyampaikan maklumat dan info berkenaan sesuatu isu.

r2

“Online journalisma ini mengeluarkan artikel atau isu dalam pelbagai bentuk digital samada dalam bentuk audio, video atau teks daan kadangkala dalam bentuk interaktif. Kandungan editorial ini dipublishkan di internet melalui print atau broadcast”.

(Haak, Parks & Castells, 2012)

Kebaikan Online Reporting      

  1. Maklumat dan informasi yang terdapat melalui online reporting ini lebih dipercayai kebenarannya kerana mereka merujuk kepada sesuatu pihak yang mempunyai kaitan dengan sesuatu isu atau sesebuah badan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Dalam kata lain, mereka mempunyai bukti.
  1. Hakikatnya, penulisan journalisma adalah berbentuk formal dan penulisan ilmiah. Bahkan, melalui promosi dimedia sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram laporan online ini lebih cepat tersebar.

Keburukan Online Reporting

  1. Sesetengah journalis ini mengeluarkan isu yang berpihak kepada Satu pihak tertentu sahaja dan terutama sekali dalam kalangan orang yang mempunyai kuasa. Biasanya, isu yang dikeluarkan bagi melindungi kepentingan individu tersebut.
  1. Idea journalis disekat. Benar, sebelum artikel atau isu dikeluarkan ia perlu di edit terlebih dahulu disebabkan oleh polisi setengah syarikit yang menyekat kebebasan jounalis untuk menyuarakan pendapat.

Justeru itu, pemilihan samada dari penulisan blogger mahupun journalis itu terpulang kepada keselesaan individu tersebut. Namun, jika seseorang menginginkan sumber yang lebih dipercayai mereka haruslah membaca semua online reporting yang telah disiarkan oleh journalis dari pelbagai agensi berita. Pada pendapat saya, akhbar online yang saya sarankan adalah seperti New Straits Times dan Harakah Daily ini kerana akhbar seperti New Straits Times memaparkan isu yang semasa yang padat serta harian. Manakala bagi Harakah Daily pula lebih berbentuk akhbar online yang berdiskusi mengenai topik yang mainstream. Oleh itu, masyarakat moden tidak disekat pembacaannya malah berhak memberi komen atau pandangan mengenai isu atau topik yang di terbitkan oleh blogger mahupun journalis.

Rujukan

Ali Salman, Faridah Ibrahim, Mohd Yusof Abdullah, Normah Mustafa, & Maizatul Haizan Mahbob. (2011). The impact of new media on traditional mainstream mass media. The Innovation Journal: The Public Sector Innovation Journal, 16(3), 1-11. Retrieved from http://www.innovation.cc/scholarly-style/ali_samman_new+media_impac116v3i7a.pdf

Editorial, (n.d.). Printing industry updates. Retrieved from http://www.printmalaysia.com/IndProf%5CMPSID%5CED05.pdf

Fischoff, S. (2005). Media Psychology: A personal essay in definition and purview. Retrieved from http://www.apa.org/divisions/div46/Fischoff%20Essay%20on%20Media%20Psychology.pdf

Haak, B. V. D., Parks, M., & Castells, M. (2012). Networked Journalism: The future Journalism. International Journal Volume 6. Retrieved from http://ijoc.org/index.php/ijoc/article/viewFile/1750/832

Hathaway, H. (n.d.). The Audience: Involved and In Motion. Retrieved from http://www.hh-pub.com/client/samples/HH2174.pdf

Lasica, J. D.(2003). Blogs and Journalism Need Each Other. Nieman Reports. Retrieved from http://www2.gvsu.edu/pearm/wrt380/p1/Content%20Development%20Resource2.pdf

KAJIAN (SOAL SELIDIK) : PENGGUNAAN TALIAN

Tugasan kami pada minggu ini ialah mengedar borang soal selidik kepada kumpulan sasaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti dan menganalisa mengenai media baru dimana ianya merangkumi aspek jenis media baru yang sering digunakan, impak dan manfaatnya. Justeru itu, beberapa borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dimana golongan sasaran kami ialah dalam kalangan rakan sekelas dan ahli kumpulan. Sehubungan dengan itu, merujuk kepada penulisan lepas Friedman dan Friedman (2008), Web 2.0 yag melibatkan pelbagai laman web untuk teknologi komunikasi boleh dirujuk sebagai teknologi media baru.

Bahagian A

Responden kajian kami  adalah terdiri daripada 10 orang pelajar. Kajian demografi dilakukan bagi memperoleh latar belakang responden dimaana ianya melibatkan aspek-aspek seperti jantina, umur dan etnik.

Jadual 1.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai 1 orang (10 peratus) terdiri daripada pelajar lelaki manakala selebihnya 9 orang (90 peratus adalah pelajar perempuan.

Jadual 1.1 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina

Jantina Bilangan Peratus (%)
     Lelaki 1 10
     Perempuan 9 90
     Jumlah 10 100

Jadual 1.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kewarganegaraan. Analisis ini menunjukkan kesemua responden iaitu seramai 10 orang (100 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan tiada responden yang bukan warganegara.

Jadual 1.2 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kewarganegaraan

Kewarganegaraan Bilangan Peratus (%)
Malaysia 10 100
Bukan Malaysia
Jumlah 10 100

Jadual 1.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut faktor usia. Analisa kajian berdasarkan faktor usia mendapati seramai 8 orang (80 peratus) jumlah responden (majoriti) berusia dalam lingkungan 23-27 tahun. Manakala seramai 2 orang lagi baki responden (20 peratus) adalah dalam lingkungan umur  18-22 tahun.

Jadual 1.3 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur

Umur (tahun) Bilangan Peratus (%)
18-22 2 20
23-27 8 80
Jumlah 10 100

Jadual 1.4 pula menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut etnik. Berdasarkan analisa 9 orang (90 peratus) jumlah responden adalah mewakili etnik Melayu, manakala selebihnya iaitu 1 orang (10 peratus) pula mewakili Bumiputera (Iban).

Jadual 1.4 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut etnik

Etnik Bilangan Peratus (%)
Melayu 9 90
Cina
India
Bumiputera 1 10
Jumlah 10 100

Bahagian B

Hasil analisa juga mendapati kesemua ke sepuluh orang responden kami iaitu (100) peratus) merupakan pengguna kepada teknologi media baru.

Jadual 1.5 : Taburan bilangan dan peratusan responden pengguna media baru

  Bilangan Peratus (%)
Ya 10 100
Tidak
Jumlah 10 100

Penggunaan media baru oleh responden diketahui melalui pelbagai aspek. Antaranya  seramai 6 orang (60 peratus) mengetahui akan kewujudan media baru ini melalui rakan, manakala seramai 4 orang (40 peratus) responden pula mengetahui akan kewujudan media baru melalui perkembangan semasa seperti media elektronik dan media massa.

Jadual 1.6 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengetahui kewujudan media baru

  Bilangan Peratus (%)
Rakan 6 60
Media massa dan elektronik 4 40
Jumlah 10 100

Selain itu, kami juga menganalisa mengenai jenis aplikasi media baru yang paling kerap dilayari oleh responden. Hasil daripada dapatan kajian yang kami peroleh mendapati bahawa seramai 6 orang responden telah melayari lebih daripada satu aplikasi media baru dan bakinya iaitu 4 orang responden hanya melayari satu jenis aplikasi media baru.

Kami juga mendapati bahawa WhatsApp merupakan salah satu aplikasi yang paling sering dilayari oleh 6 orang jumlah responden ini. Hal ini demikian kerana WhatsApp merupakan sebagai salah satu aplikasi yang memudahkan orang ramai untuk berinteraksi antara satu sama lain. Manakala, Facebook, Instagram dan WeChat merupakan aplikasi sampingan yang sering dilayari daripada jumlah 4 orang responden. Responden juga ada menyatakan bahawa aplikasi Facebook sebagai satu jaringan utama dalam laman sosial yang memudahkan mereka dan juga orang ramai dalam memberi info-info semasa sama ada dalam mahupun luar negara. Akhir sekali, aplikasi media baru seperti Twitter dan Telegram merupakan aplikasi yang  jarang dilayari yakni hanya 1 orang jumlah responden sahaja yang kerap melayarinya bebrbanding resonden yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa, responden sangat arif dalam menentukan jenis media baru yang digunakan untuk berinteraksi.

Jadual 1.7 : Aplikasi media baru yang sering dilayari

    Media

Responden

Facebook WhatsApp WeChat Instagram Twitter Telegram
1 / /
2 /
3 /
4 /
5 / / / /
6 / /
7 /
8 / /
9 / / / /
10 / / /
Jumlah 4 6 4 4 1 1

Di samping itu, bagi jenis peralatan teknologi yang digunakan untuk menghubungkan respon kepada media baru, hasil kajian mendapati bahawa komputer riba (laptop), tablet dan telefon pintar (smartphone) merupakan antara peralatan yang digunakan oleh mereka. Seramai 9 orang responden (majoriti) menggunakan telefon pintar untuk melayari aplikasi media baru. Menurut Ika, Ali, dan Mohd Helmi (2013), dengan adanya teknologi terkini seperti aplikasi mudah alih (mobile web) memudahkan orang ramai mengakses media sosial dan merupakan faktor utama yang mendorong kejayaan media sosial. Selain itu, terdapat dalam kalangan responden yang menggunakan lebih daripada dua jenis alatan teknologi seperti komputer riba dan tablet untuk melayari aplikasi media baru. Daripada 10 orang jumlah responden 5 orang telah menggunakan dua atau lebih jenis alatan teknologi manakala baki selebihnya hanya menggunakan satu jenis sahaja iaitu (telefon pintar).

Jadual 1.8 : Peralatan yang digunakan untuk melayari media baru

           Jenis

Responden

Telefon pintar Komputer riba Tablet
1 /
2 /
3 /
4 /
5 / /
6 / /
7 / /
8 / /
9 / / /
10 / /

Selain itu, kami juga bertanyakan perihal pendapat responden mengenai media baru berikutan media baru dikatakan sering mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Oleh hal yang demikian, daripada hasil dapatan kajian yang kami perolehi seramai 3 orang responden menyatakan bahawa media baru ini memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan orang ramai tanpa perlu bercakap secara langsung (face-to-face). Komunikasi adalah penting bagi semua manusia untuk proses sosialisasi dan pendidikan, tetapi dengan adanya teknologi seperti Internet dan media sosial memberi cabaran kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak kerana akan berlakunya kejadian anti-sosial (Che Su & Nan Zakiah, 2014). 4 orang responden lagi menyatakan bahawa media baru ini menjimatkan masa dan kos mereka dalam segala urusan seperti mencari maklumat. Seramai 2 orang responden pula menggunakan media baru untuk menjadikan mereka lebih peka akan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau luar negara. Akhir sekali,1 orang responden menyatakan bahawa media baru ini digunakan oleh beliau untuk pembelajaran secara online.

Jadual 1.9 menunjukkan jenama peralatan media baru yang digunakan oleh responden. Di sini dapat dilihat bahawa jenama Samsung merupakan jenama  peralatan yang majoriti dimiliki oleh 8 orang responden (80 peratus)  berikutan ianya  mampu dimiliki oleh Seterusnya, hanya 1 orang (10 peratus) memiliki jenama peralatan selain Samsung iaitu HTC dan Nokia.

Jadual 1.9 : Jenama peralatan media baru yang digunakan

Jenama Bilangan Peratus (%)
Samsung 8 80
Asus
Iphone
HTC 1 10
Lenovo
Nokia 1 10
Jumlah 10 100

BAHAGIAN C

Internet merupakan saluran utama dalam menghubungkan manusia ke ruang dunia tanpa sempadan. Oleh hal demikian, kajian dijalankan bagi mengetahui masa yang digunakan oleh responden dalam melayari laman sosial.

Jadual 1.10 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut masa yang digunakan untuk melayari media baru. Majoriti seraamai 5 orang (50 peratus) responden menggunakan masa selama 11 hingga 15 jam untuk melayari laman sosial. Selain itu, seramai 3 orang (30 peratus) hanya menghabiskan masa dalam 6-10 jam untuk melayari internet dan selebihnya iaitu  2 orang responden (20 peratus) lagi menghabiskan masa 16-20 jam.

Jadual 1.10 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut masa menggunakan media baru.

Masa (jam) Bilangan Peratusan (%)
1-5
6-10 3 30
11-15 5 50
16-20 2 20
Jumlah 10 100

Kesimpulannya, persamaan yang dapat dilihat ialah mereka menggunakan internet adalah untuk melayari beberapa teknologi yang dapat menghubungkan mereka sama ada mereka yang berada jauh mahupun dekat seperti WhatsApp. Selain itu, persamaan mereka adalah dalam melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram dan WeChat. Perbezaannya pula dapat dilihat melalui manfaat yang mereka dapat dengan menggunakan media baru ini. Ada yang menyatakan memudahkan komunikasi dua hala, media baru ini menjimatkan masa dan kos, serta ada yang bersetuju bahawa mereka menggunakan media baru ini untuk mendapatkan maklumat isu-isu semasa terkini.

Rujukan

Che Su, M., & Nan Zakiah, M. I. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari pespektif ibu bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi, 30, 43-74. Retrieved from http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2014/V30_s_4.pdf

Friedman, L. W., & Friedman H. H. (2008). The new media Technologies: Overview and research framework. Retrieved from http://papers.ssrn.com/

Ika, D., Ali, S., & Mohd Helmi, A. R. (2013). Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi, 29(2), 125-140. Retrieved from http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_125-140.pdf

CMC PART 3 => ‘Online Shopping’ dan ‘Online Banking’

Selaras dengan perkembangan era globalisasi, kemunculan pelbagai alatan teknologi yang canggih serta media baru telah mewujudkan pelbagai cara dalam perhubungan komunikasi manusia. Antaranya ialah komputer sebagai pengantara dalam komunikasi atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Mediated Communication’ (CMC). Terdapat dua cara untuk manusia berinteraksi antara satu sama lain iaitu secara lisan atau bukan lisan ‘verbal and non verbal’4

Komunikasi ‘non verbal’ dalam ‘Online Shopping.

York (2013), dalam artikelnya menyatakan terdapat lima elemen dalam komunikasi ‘non verbal’ iaitu ‘eye contact’, ‘voice fluctuation’, ‘position in the room’, ‘facial expression’, dan ‘hand gestures’. Manakala menurut Ivy (2012), dalam kemahiran interpersonal terdapat empat jenis aspek iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung,kemahiran komputer dan kemahiran berbudaya.

Berdasarkan pengalaman, saya juga tidak terkecuali dalam penglibatan ‘CMC’ ini. Antara pengalaman semasa saya menggunakan ‘CMC’ ialah sewaktu ‘online shopping’ di laman sosial Instagram. Instagram merupakan satu laman sosial yang menjadi tumpuan ramai, ‘ibarat cendawan tumbuh selepas hujan’ terutama ‘kaki shopping’ dalam kalangan remaja berikutan barang yang dijual sangat menepati cita rasa pengguna. Semasa proses urusan jual beli secara atas talian ini kaedah komunikasi yang digunakan adalah secara bukan lisan ‘non verbal’. Dimana saya hanya perlu memilih barang yang ingin dibeli (item code, size atau colour) yang diingini dan menghantar pesanan kepada penjual menerusi aplikasi We chat, Whatssap ataupun Telegram tanpa perlu bersemuka dengan penjual dan menyentuh sendiri barang yang ingin dibeli. Selepas itu, penjual akan memberi  nombor akaun untuk saya membuat pembayaran. Seterusnya bagi proses pembayaran saya tidak perlu keluar untuk ke bank untuk membuat bayaran kerana saya mempunyai ‘online internet banking’ (Maybank2u). Saya hanya ‘transfer’ jumlah yang di kehendaki dan ‘screenshoot’ resit pembayaran dan selesailah urusan jual beli tersebut.

Teori ‘lack of social context cues’ merupakan salah satu teori yang bersesuaian unuk dikaitkan dengan pengalaman yang saya lalui. Menurut Walther (n.d), “CMC occluded the cues to individuality and normative behaviour that face-to-face interaction transacts nonverbally”. Kewujudan CMC pada dasarnya bertindak sebagai penghalang kepada pengguna untuk menunjukkan sikap mereka yang sebenar. Contohnya, berdasarkan pengalaman saya, saya tidak tahu situasi atau emosi penjual pada masa itu dan penjual pula tidak menunjukkan sebarang emosi yang boleh merosakkan prestasi penjualan mereka bagi menjaga hati pelanggan. Walaupun, CMC kelihatan memberi impak yang negatif kepada penggunanya kerana melalui interaksi bukan lisan yang menjadikan orang seperti menyembunyikan situasi mereka dan seperti bersifat kepura-puraan namun, ianya merupakan satu penghubung yang sangat pantas dan efektif.

Rujukan

Ivy, D. M. (2012). Penguasaan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/3268/1/4.pdf

Walther, J.B (n.d). Theories of Computer Mediated Communication and Interpersonal Relations. Chapter 14. Retrieved from http://www.sagepub.com/upm-data/42241_14.pdf

York, D. (2013). 5 Keys To Great Nonverbal Communication. Retrieved from http://www.prdaily.com/Main/Articles/5_keys_to_great_nonverbal_communication_15623.aspx

COMPUTER-MEDIATED COMMUNICATION PART 2

Jika dilihat pada mata kasar sekarang, manusia semakin dikuasai oleh teknologi yang bertambah maju hari demi hari. Adalah tidak mustahil lagi bagi seseorang untuk mengetahui keadaan semasa dan juga dunia luar tanpa perlu berada di tempat kejadian. Ini adalah kerana berita dan pengetahuan tentang hal tersebut hanya perlu diakses dengan adanya internet. Internet merupakan pengembangan dari projek ARPANET (Advanced Research Project Agency Network) yang dibiayai oleh Kementerian Pertahanan, NASA, NSF, dan DoE pada tahun 1960 (Zakiah, 2012). Internet merupakan salah satu jaringan komunikasi yang dicipta membolehkan berlaku CMC di mana adanya hubungan interaksi secara dua hala mahupun sehala.

Kemahiran seseorang dalam menggunakan kemudahan internet ini memberikan satu keistimewaan kepadanya kerana ia sangat berbeza dengan cara berkomunikasi orang terdahulu. Menurut Effendi (2010), penggunaan internet sebagai medium untuk berkomunikasi menuntut penggunanya memiliki pengetahuan cara menggunakan software komputer secara umum dan software aplikasi internet secara khusus. Oleh itu, pengetahuan dalam cara penggunaan amatlah penting bagi membolehkan kita memanfaatkan kemudahan ini dalam segala segi. Antara contoh kemudahan internet yang memberikan banyak faedah bagi kita sebagai seorang pelajar ialah dapat mengumpul maklumat dan sumber tambahan untuk pengajian amatlah mudah.

Computer-mediated communication (CMC) atau dalam bahasa Melayu ialah Komputer-pengantara Komunikasi secara teknikalnya merupakan salah satu komunikasi manusia yang menggunakan lebih daripada satu peralatan elektronik. Menurut Bordia (1997), rangkaian komputer dan elektronik telah menyebabkan komunikasi berkembang dan menyebabkan manusia mudah berkomunikasi dengan pelbagai cara contohnya berjuta-juta manusia yang berinteraksi antara satu sama lain yang bukan hanya tinggal di bandar yang sama, negara yang sama. Malah, komunikasi tersebut menjangkau peringkat antarabangsa dengan hanya menggunakan elektronik mail (e-mail) yang hanya memerlukan sebuah komputer, modem dan juga perisian komputer tersebut (Eisenberg, 1994) (dalam Bordia, 1997).

Melalui Teori ‘Media Richness’, dapat dilihat bahawa CMC telah menyebabkan perubahan terhadap maklumat yang ingin disampaikan contohnya nada suara yang disalah tafsir, gambaran mimik muka dan juga bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi. Persoalannya, bagaimanakah cara individu tersebut menguruskan interaksi yang terjalin melalui media? Apakah kesan yang timbul terhadap nilai interpersonal dan sejauhmanakah individu tertentu mampu mengeksploitasi CMC bagi tujuan memelihara interaksi sama ada dari jarak dekat mahupun jauh?

Persoalan ini telah terjawab secara sengaja melalui pengalaman yang dilalui iaitu emosi sukar dikawal apabila berinteraksi dengan individu lain melalui CMC sebagai contohnya perasaan marah yang hadir apabila seseorang memberi tindak balas yang negatif melalui perkataan dan tanda baca.

12

Cvjetkovic (2010) menjelaskan bahawa setiap individu tidak dapat mengenali dan menilai  identiti sosialnya dengan individu lain dengan sendiri kerana identiti sosial mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Di samping itu juga, Cvjetkovic (2010) menekankan bahawa penggunaan bahasa merupakan salah satu asas yang boleh mewujudkan dan menjalinkan interaksi antara satu sama lain. Di samping itu juga, aspek tersebut mampu mewujudkan pelbagai emosi walaupun dengan sepatah perkataan mahupun gambar mimik muka yang dihantar.

3

Keadaan ini membuktikan bahawa Teori ‘Media Richness’ menyebabkan wujudnya kepelbagaian maklumat dan emosi dalam media sosial khususnya yang melibatkan interaksi dalam alam maya. Internet telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam komunikasi iaitu dari ‘face-to-face’ kepada ‘CMC’ dan juga kewujudan pelbagai trend komunikasi dalam masyarakat (Sollie, 2007).

Seterusnya, kita lihat pengalaman dan teori yang berbeza pula.

Pada zaman kini, perhubungan antara manusia adalah sangat penting kerana ingin menyampaikan maklumat. ‘Face-to-face’ merupakan salah satu kaedah dalam menyampaikan maklumat. Kini, teknologi semakin berkembang dan dengan wujudnya ‘computer-mediated communication’, komunikasi lebih mudah untuk disampaikan kepada orang ramai. Menurut Bordia (1997), CMC ialah lebih kepada tidak lisan (non-verbal) atau teks berbanding dengan FTF yang lebih menjurus kepada lisan (verbal). Terdapat dua jenis komunikasi iaitu ‘Asynchronous’ seperti Electronic Mail (e-mail), menonton klip video atau memuat turun dan ‘Synchronous’ pula aktiviti yang melibatkan dua atau lebih pengguna di dalam aplikasi seperti instant messaging. Hal ini boleh dikaitkan dengan pengalaman seorang pelajar yang lebih mudah berkomunikasi dengan pensyarah melalui e-mail dan WhatsApp.

Sebagai seorang pelajar saya menggunakan CMC untuk berhubung dengan pensyarah. Pengalaman sebagai pelajar yang sedang membuat Projek Tahun Akhir memerlukan saya untuk kerap berhubung dengan penyelia PTA. Akibat kekangan masa pelajar dan penyelia tersebut, menyebabkan susah untuk berhubung secara ‘face-to-face’. Oleh hal demikian, email dan WhatsApp adalah cara untuk berhubung. Email digunakan untuk menghantar tugasan PTA (soft copy) kepada penyelia untuk disemak. Kumpulan WhatsApp pula ditubuhkan agar mudah pelajar dan penyelia berhubung seperti menetapkan masa untuk perjumpaan serta penyelia akan menyampaikan maklumat seperti menetapkan tarikh penghantaran tugasan PTA.

contoh CMC bagi pendidikan

contoh CMC yang digunakan dalam ‘education’

Seterusnya, teknologi kini dicipta dan digunakan untuk meningkatkan social presence. Menurut Short, Williams dan Christie (1976), social presence ialah darjah seseorang itu menonjolkan diri mereka dalam interaksi (dalam Biocca & Harms, n.d.). Teori ini dapat dilihat apabila dengan adanya teknologi media baru akan mengubah cara interaksi. Contohnya apabila interaksi secara FTF akan dapat dilihat gaya seseorang itu berkomunikasi dan memudahkan kita untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Berbeza pula dengan CMC, individu/kumpulan kadangkala akan mengalami masalah dalam memahami apa yang ingin disampaikan seperti salah tafsir maklumat yang disampaikan. Berkemungkinan maklumat itu positif tetapi menjadi negatif serta individu/kumpulan mengalami masalah untuk memahami emosi orang lain. Jika dilihat dari impak positif pula, CMC memudahkan interaksi antara individu terutamanya dalam bidang pendidikan. Ia mempercepatkan maklumat yang ingin disampaikan oleh pensyarah kepada pelajar atau sebaliknya.

Rujukan

Biocca, F. & Harms, C. (n.d). defining and measuring social presence: Contribution to the networked minds theory and measure. Retrieved from http://www.researchgate.net/

Bordia, P. (1997). Face-to-face versus computer-mediated communication: A synthesis of the experimental literature. The Journal of Business Communication, 34(1), 99-120. Retrieved from https://elearn.jku.at

Cvjetkovic, S. (2010). Computer-mediated communication: A study of language variation on internet chat. Gothenburg University: Department of Languages and Litera.

Effendi, M. (2010). Peranan Internet Sebagai Media Komunikasi. Jurnal Dakwah dan Komunikasi Vol.4 No.1, 130- 142.

Sollie, P. (2007). Computer-mediated communication and criticisms of the internet. An international journal in philosophy, religion, politics and the arts, 41-50.

Zakiah, M. (2012). Internet, social media, dan potensi kreativitas bangsa Indonesia.

Social Media Addiction: Have you checked yourself?

rieya 1The increasing number of consumers using internet has had a huge influence on psychological research in understanding its role in emotional shapes and there also has been increased interest in the addictive potential in the internet” (Griffiths, 1998).

 

In the study of human interaction using mass communications such as internet especially in new media such as Twitter, Facebook, Instagram , Snapchat or Social Networking Sites (SNS) a researcher have linked internet addiction to addictive syndromes. From my own perspective I have see a lot of people who were internet addiction mostly they lack of sleep at night this including me and normally, these such addicts suffer sleep deprivation and others physical complains which is associated with internet addiction such as back strain, eyes strain, and even repetitive stress inquiry and interestingly, they somehow could even take a caffeine pills just to stay awake  and stay logins for about 3 or 4 hour hours or even longer hours (Young, n.d).  True, in this 21st century a new media such as Instagram, Facebook, and  Twitter are the most important tools for teens to communicated thus,  society is completely changed. France (as cited in Fenichels, 2014) said that about 2, 7000, 000 photos are uploaded onto Facebook site in every 20 minutes. Thus they were many negative consequences when we getting addicted to internet such as relationships or familial problems, academic problems and occupational problems. Example in the case of familial problems, a mother forget to do laundry, pick up children from schools and even forgot prepared a daily meals for family.

True, social media addiction or internet addiction is a major problems hit younger society. Here is a signs of internet addiction;

  • Non-stop snapping photos.

rieya 2

Do you know Danny Bowman or have you heard about him? Yes, he is 19 years old teens whose spent 10 hours per day taking up a selfie on his iPhone for about 200 snaps. He is teenager who dropped out of school and really obsessed of taking selfie of him and when he failed to take photos perfectly he tried to kill himself. Thus, a signs of social media addiction is no matter where you are what people told you so you can stop from doing that but you just ignore them and continue snapping photos.

  • Hashtag everything.

Try ask your friends, do they know hash tag? if you are Instagram, Twitter, and Facebook you must know hash tag has turned into obsession when people are using hash tag such as in Twitter as a topics they will search for.  Some peoples I believe become obsessed with hash tag just to aiming more followers and fans.

  • Frequently checking for updates or likes.rieya 3

Uploading photos in Instagram, Facebook, and Twitter and you constantly checking from every seconds and minutes and somehow ask yourself  “ Are people really interested on the photos I’ve posted it online or the captions I wrote about in what I’m doing ?”. Even the worlds tell you they don’t care what are you doing in your daily life  but you still feel obliged to tell social media. Indeed, social media has becoming your diary of life.

Therefore, this entry is not about to blame social media for negative perspectives but when ones is become addicted with social media it brings nothing good to themselves.

REFERENCES

Fenichel’s, M. (2014). Cyberpsychology: The intersection of technology and human experience.   Retrieved from http://www.cyberpsychology.com/

Widyanto, L. & Griffiths, M. D. (2007). Internet addiction: Does it really exist? Psychology and  the internet: Intrapersonal, interpersonal, and transpersonal implications, 127-149.        Retrieved from https://www.academia.edu

Young, K., (n.d.). Assessment of internet addiction. Retrieved from            http://www.icsao.org/fileadmin/Divers_papiers/KYoung-internetaddiction5.pdf

PENDIDIKAN DAN MEDIA BARU

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ok post sebelumnya menceritakan tentang implikasi blog.

Untuk kali ini akan menceritakan dengan lebih mendalam lagi mengenai ‘New Media’ yang sangat popular pada masa kini dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

2

Apa itu ‘New Media’?. Kebiasaannya kita selalu dengar media sosial, media massa dan sebagainya. Jarang dilihat media baru ini digunakan. Menurut Manovich (2006), ‘new media’ selalu dibincangkan di bawah topik: Internet, Web sites, multimedia komputer, permainan komputer, CD-ROMs dan DVD. Dengan adanya media digital dan internet dapat mewujudkan ‘New Media’ tersebut. Teks yang diletak dalam komputer seperti Web sites dan buku elektronik dikira sebagai media baru (Manovich, 2006).

1

Seperti yang kita tahu, pendidikan pada masa kini semakin berkembang berbeza dengan zaman dahulu. Apa yang boleh dilihat teknologi semakin menguasai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kuasa media baru ini ia dapat mewujudkan sesuatu yang baru dalam memberi kepercayaan dan budaya baru dalam kalangan masyarakat seperti produk, peralatan, gajet atau material komunikasi yang berteknologi tinggi (Abu, n.d.). Impak daripada media baru ini memudahkan komunikasi di antara pelajar dan tenaga pengajar serta memudahkan pelajar dalam mencari bahan rujukan melalui media baru ini. Di dalam sistem pendidikan sekarang kita dapat lihat penggunaan teknologi seperti email,WhatsApp, Google, laman web pendidikan seperti pensyarah ingin menyampaikan maklumat atau memberi tahu sesuatu perkara kepada pelajar, dan lain-lain semakin popular. Jika dahulu dilihat sebagai satu zaman di mana manusia sukar untuk berhubung kerana komunikasinya terbatas oleh sempadan masa dan ruang (Abu, n.d.). Kini tidak lagi kerana adanya produk media baru yang lebih ringan, kecil dan mudah alih serta mudah dibawa ke mana-mana. Oleh hal demikian, pelajar mahupun pengajar mudah untuk mendapatkan maklumat dengan segera apabila adanya internet.

3

Menurut Mc Quail (2000) (dalam Kurnia, 2005) pula ada menyatakan implikasi media baru adalah berlakunya komunikasi dua arah yang bersifat interaktif dalam memberi informasi kepada masyarakat. Sebagai contoh pelajar UNIMAS, pensyarah akan memberikan maklumat penting bukan sahaja di dalam kelas ketika sesi pengajaran tetapi dengan adanya teknologi, Morpheus diwujudkan. Morpheus merupakan salah satu medan dalam pelajar dan pensyarah berinteraksi. Internet dan media digital media amat penting bagi pelajar pada masa kini. Jika tidak mempunyai internet dan media digital, pelajar berkemungkinan tidak akan dapat maklumat dengan lebih segera, jelas dan tepat.

Oleh hal demikian, media baru satu alternatif baru dalam bidang pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran. Impak media baru dalam sistem pendidikan menyebabkan pelajar dan tenaga pengajar perlu peka akan teknologi yang digunakan mengikut peredaran zaman ke arah kemodenan.

Jumpa dalam entry seterusnya. 🙂 😉

Bye.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Rujukan

Abu H. H. (n.d.). Kuasa media baru menggempur perubahan bentuk dan kandungan ekoposial di Asia Tenggara – Satu pembacaan future studies. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 47-73. Retrieved from http://jpmm.um.edu.my/

Kurnia, N. (2005). Perkembangan teknologi komunikasi dan media baru: Implikasi          terhadap teori komunikasi. Teakreditasi Dirjen Dikti, 6(2), 291-296. Retrieved from         http://download.portalgaruda.org/article.

Manovich, L. (2006). What is new media?. The New Media Theory Reader. Retrieved from https://www.mheducation.co.uk/openup/chapters/0335217109.pdf

MEDIA SOSIAL DAN REMAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini akan membincangkan mengenai implikasi media sosial dan remaja. Hope semua dapat memberikan komen untuk berkongsi pendapat. 🙂 😉

Apabila terlintas sahaja perkataan ‘media sosial’ di benak pemikiran ini. Secara tidak langsung otak terus memikirkan dan menggambarkan bahawa media sosial itu lebih banyak membawa kepada  kesan negatifnya berbanding kesan positif . Internet, telefon pintar dan sebagainya merupakan salah satu contoh media baru yang menghubungkan kepada media  sosial. Media sosial merupakan satu bentuk pengenalan baru kepada komunikasi masyarakat kini terutama sekali dalam kalangan  remaja kini berikutan semua maklumat boleh diperoleh  di hujung jari sahaja.

zaty 2zaty 1

Oleh itu, penulisan kali ini lebih kepada membincangkan kesan positif media sosial kepada  remaja.  Remaja merupakan golongan yang sangat berpotensi dalam penggunaan laman sosial. Decker dan Frank (2004), menyatakan pada dasarnya sosial media merupakan satu tapak asas yang memberi peluang untuk :-

  • Mewujudkan hubungan yang baru dalam kalangan masyarakat
  • Mewujudkan perhubungan yang eksplisit dalam membolehkan pengguna meneroka rangkaian peribadi mereka

zaty 3

Remaja alaf 21 pada  hari ini membesar dengan internet, secara tidak langsung boleh dikatakan bahawa media sosial telah menjadi “alat komunikasi dalam kehidupan seharian mereka sama ada untuk hubungan komunikasi dalam persahabatan, maklumat, pendidikan, hiburan dan lain-lain lagi” (Azmi, Khaizuran & Safurah, 2010). Dari aspek maklumat media sosial ini sangat membantu golongan remaja terutama sekali dalam kalangan pelajar dalam memberi info semasa yang bermanfaat seperti isu semasa, politik dan sebagainya untuk pengetahuan. Kandell (1998) menjelaskan bahawa pelajar lebih kerap bergantung kepadaInternet berbanding golongan lain dalam masyarakat, mungkin disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk membentuk identiti dan menjalinkan hubungan yang intim dalam kalangan pelajar . Selain itu, pelajar juga boleh mengakses Internet dengan mudah dan percuma menerusi institusi pengajian mereka.

Di  samping itu, terdapat banyak kajian mengenai impak media sosial kepada remaja. Antaranya dalam kajian Normah, Waan Amizah, Fauziah, Maizatul & Mohd. Helmi (2013) mengenai kebergantungan Internet dan aktiviti online remaja di Lembah Klang mendapati bahawa  tahap kebergantungan remaja terhadap Internet adalah tinggi dan mereka bergantung kepada Internet melebihi 6 jam sehari. Remaja bergantung kepada Internet untuk memahami persekitaran sosial berbanding untuk memahami diri sendiri; menggunakan Internet untuk tujuan berinteraksi berbanding tindakan atau pembelian barangan; dan memerlukan Internet bagi memenuhi keperluan sosial berbanding keperluan diri sendiri. Jika dilihat dari segi masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti, remaja menghabiskan masa selama 1-2 jam untuk memahami persekitaran sosial mereka, 3-4 jam dan ke atas untuk interaksi dan memenuhi keperluan kendiri.

Kesimpulannya, media sosial merupakan satu medium yang sangat baik dan membantu dalam pelbagai aspek jika ianya digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, golongan remaja perlulah di beri ‘guideline’ penggunaan media sosial dengan cara yang betul bagi mengelakkan masalah-masalah sosial kelak. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka juga perlu. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan golongan yang paling terdekat untuk memantau anak-anak mereka.

Rujukan

Azmi , Khairuzan, dan Safurah, (2010). Social Media and Our Youths Today: Exploring The Impact of Social Media on Malaysian Youths. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/469/

Decker, S. and Frank, M.(2004). The Social Semantic Desktop. Technical report 2004-05- 02, Digital Enterprise Research Inst., May 2004. Retrieved from www.deri.ie/fileadmin/documentsDERI-TR-2004-05-02.pdf.

Kandell, J. J. 1998. Internet addiction on campus: the vulnerability of college students. CyberPsychology & Behavior 1: 11-17.

Normah, Wan Amizah, Fauziah, Maizatul, dan  Mohd Helmi. (2013). Kebergantungan Internet dan Aktiviti Online Remaja di Lembah Klang.  Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication Jilid 29(1) 2013 : 199-212